Pages

Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

Iman @ Sukaneka Tadika Islam


Fuhh!!! Penatnya anak ibu ni. Tengok, tidur nyenyak.. Letih sangat lah tu balik dari Sukaneka Tadika Islam tadi. Ibu gembira Iman ceria sangat hari ni. Lepas seminggu berlatih, dah malam Ahad semalam Acu bawa juga ke kedai sebab Iman minta kasut baru & tracksuit baru untuk sukan. Mak Tuk kata berbaloi sebab Iman menang, balik bukan dengan tangan kosong. Bagus anak ibu.. :)
Sebelum pergi.. Senyum paksa.
Pagi tadi masa Mr Hubby hantar ke tadika, suram muka Iman. Risau agaknya kalau abah atau sesiapa tak datang bagi semangat nanti. Harapkan ibu...? Ibu nak sangat pergi bagi sokongan, tapi nanti ibu Iman ni lupa diri. Lebih dari orang sihat pula aksinya.. Heheheeee...
Di samping kawan2 pun Iman tak ceria. Mencari sesuatu..

Abah hantar, kemudian balik sarapan dengan ibu dulu. Selepas tu baru pergi jenguk Iman semula. Muka ceria bila abah dah sampai semula. 
Senyum nampak abah dia..
Tengok gambar bawah, sukan dengan sungguh-sungguh. Ni memang anak ibu ni..  ;)

Ready for her turn. (2nd Lane)
Run Iman Run.. (Ibu, Iman lari kuat masa ni..)

Alia, anak kawan baik abah. Team kuning sama Iman. Meriah sikit sorak walau ibu tak pergi.  TQ Uncle Mamat , Aunty Rozie & Sis Afrina.
Alia baju hijau , warna untuk 4 tahun. Iman senyum je kat belakang.
Sempat periksa gigi..

Paling kelakar.. acara 'putera-puteri naik perahu'.
Heheheee... Iman rasa kelakar juga naik perahu tu..
Yey!!!! Menang!!!!  (Happy face.. Ibu suka gambar ni)
Acara penyampaian hadiah.. "Nampak byk hadiah Iman dapat."
Balik sukaneka dengan ceria & gembira. Menang dua acara dan naib johan keseluruhan. 
Iman & Abah.
Kata abahnya, sepanjang perjalanan balik dari sukan tu, Iman tak putus-putus ucap terima kasih. 

"Terima kasih abah sebab datang bagi semangat pada Iman."
Belum sempat makan tengah hari tadi Iman tertidur. 
Sempat Iman bagitau, "Kalau ibu ada lagi seronok. Ibu boleh main juga.. Senang betul ibu acara untuk ibu tu. Abah main juga, tapi kalah. Mesti sebab abah tak pakai seluar sukan."
Anakku... Ibu tau Iman sangat memahami keadaan ibu.. Sebab tu Iman tak paksa & tak meragam kan?
Ibu sayang Iman & Abg Daniel. MMUAHHHH...



HAPPY BIRTHDAY HUBBY


Pertamanya, SELAMAT HARI JADI buat suami tersayang 10hb JULAI 2011. Tahun ni sama macam tahun lepas, tiada yang istimewa dari isteri tercinta. Tiada apa-apa kejutan, tiada hadiah, tiada masakan istimewa buat yang tersayang. Sekadar ucapan yang termampu.  Apakan daya.. apapun Mr Hubby sangatlah memahami. Terima kasih sayang..

"Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.
Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu , Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati, Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku, Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah.
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil 
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan
Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku 
Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku, Jadikanlah kegarangannya terhadapku  suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas Nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha 
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku.
Ya Allah perkenankanlah Ya Allah perkenankanlah Ya Allah perkenankanlah"

Saturday, July 9, 2011

Bila Ibu Nak Sihat??

Today, Iman back from school with happy face. She just get her new t-shirt for this coming Sunday.. Tadika's Sport Day. Size M.

"Kenapa ibu nampak macam besar je. Cuba pakai.."
"Ibu.. memanglah besar, tak nampak ke Iman ni pun besar dah." (She's right..)
Humm.. pandai my girl ni bercakap.
Macam2 hal kat Tadika tu dia cerita... Today tak belajar, latih sukan je. Iman buat ni.. Iman buat tu.. Cikgu marah Iman bising, kena ketuk ketampi lah.. Iman banyak cakap at school.. cikgu denda.. So many...

And today her friend step on her foot till bleeding..
"Apalah dia tu, dah lah kasut keras, kuat betul kasut dia tu ibu. Berdarah semula luka Iman jatuh dulu. Nanti Iman nak kasut macam tu jugak." While complaining about her friend, sempat request new shoes pula.. Hi anakku..

I'm lucky now Iman just Tadika, next year she's going to primary school & sekolah agama too.. A day at home with her, sangat berharga. She's just 6yrs old, but the way she's thinking... so great..!

Actually I'm not feeling well today. Badan suam2 sejuk.. hangat gitu. It's normal for me in this situation.
I called Iman, "Tolong ibu Iman. Ambil tuala basahkan."
"Ok.. Iman tau dah.." She came to me dgn sebesen air, 2 small towels. "Iman buatkan utk ibu ye.."

Ya Allah!! Syukur ku padaMu tak terhingga dikurniakan anak sebaik ini. Dalam nakalnya, manjanya.. Dia sangat memahami & sedia sentiasa di sisiku.

Sambil Iman lap badan & tuam kepala aku, as usual Iman pot..pet.. pot..pet..

"Ibu, bila ibu nak sihat betul ni? Iman nak sangat ibu masak sesuatu untuk Iman."
"Iman nak makan apa? Iman cakap.. Kita boleh beli nanti.."
"Iman nak ibu masak spaghetti yang mcm dulu.. ada bebola, mee pjg2.. sedap je Iman rasa."
"La.. hari tu mak cik dah buat, acu pun dah masak kan?"
"Iman nak yang ibu buat tu.."
"Alahai.. kat Pizza Hut pun ada.. Beli je.."
"Tak sama ibu.. lain rasa.." Allah, kuatkan semangatku, kembalikan kesihatanku..

Pada orang lain apalah sangat request budak sekecil tu.. Makan pun tak seberapa.. Tapi bagi seorang IBU.. anak yang pernah rasa air tangan kita.. mengenang semula apa yang kita pernah buat utk dia.. Subhanallah.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui gelodak hati seorg ibu ni.. InsyaAllah sayang, ibu akan sihat nanti, sepenuh perhatian ibu akan bagi buat anak2 ibu & abah.. dan semuanya.

** Last Monday lagi seronok Iman masa balik sekolah. Dari luar rumah Iman lari masuk sambil nyanyi.."Dapat kertas periksa.. dapat kertas periksa.." Masuk bilik, "Ibu, Iman nak tunjuk sesuatu.." Exams paper + report book. She got no 4, all A's include Arabic, cuma Lukisan B. Well done my daughter.. Then, satu persatu Iman tunjuk kertas periksa, sambil cerita how's she answering that question.. Now I understand why a mother want a daughter..