Pages

Tuesday, July 12, 2011

Tenang di sini

Sendiri di bilik seperti biasa.. Ada ketenangannya di sini. Iman ada di sebelah, dah lelap seperti biasa hari-hari persekolahan. Malam nanti pasti lewat tidur lagi. Rutin biasa anak-anak, semuanya dah dalam kepala. Esok pagi tak tau lagi mood nya.

Tiada apa yang menarik.. Masih mencari bahan-bahan untuk dipersembahkan dalam ALKISAHNYA. Dari pengalaman sendiri kebanyakkannya, tapi mesti bersama fakta yang tepat juga kan. Setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza walau orang lain klasifikasikannya sama. Macam dialog yang kita biasa dengar contohnya; "Aah lah, dia tu sakit kanser juga. Sama tempatlah.. tapi tak lah luka macam ni." Dialog biasa yang aku dengar, syukur pada Allah masih memberi aku peluang bernafas di BumiNya bersama orang-orang yang aku sayangi.

Okaylah.. pada semua yang membaca, ingat 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA...
Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian" ...
Kita makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, tinggi darjatnya dari makhluk Allah yang lain. Namun, kita jugalah yang sering membuat onar. Kita selalu fikir apa yang kita buat betul demi keperluan hidup. Dan kita rasa apa yang kita buat masih berlandaskan suruhan Allah. MasyaAllah.. di mana kita sebenarnya..? Aku ini insan yang sangat lemah dan sering lalai.. Ampuni aku Ya Allah...



Sunday, July 10, 2011

Iman @ Sukaneka Tadika Islam


Fuhh!!! Penatnya anak ibu ni. Tengok, tidur nyenyak.. Letih sangat lah tu balik dari Sukaneka Tadika Islam tadi. Ibu gembira Iman ceria sangat hari ni. Lepas seminggu berlatih, dah malam Ahad semalam Acu bawa juga ke kedai sebab Iman minta kasut baru & tracksuit baru untuk sukan. Mak Tuk kata berbaloi sebab Iman menang, balik bukan dengan tangan kosong. Bagus anak ibu.. :)
Sebelum pergi.. Senyum paksa.
Pagi tadi masa Mr Hubby hantar ke tadika, suram muka Iman. Risau agaknya kalau abah atau sesiapa tak datang bagi semangat nanti. Harapkan ibu...? Ibu nak sangat pergi bagi sokongan, tapi nanti ibu Iman ni lupa diri. Lebih dari orang sihat pula aksinya.. Heheheeee...
Di samping kawan2 pun Iman tak ceria. Mencari sesuatu..

Abah hantar, kemudian balik sarapan dengan ibu dulu. Selepas tu baru pergi jenguk Iman semula. Muka ceria bila abah dah sampai semula. 
Senyum nampak abah dia..
Tengok gambar bawah, sukan dengan sungguh-sungguh. Ni memang anak ibu ni..  ;)

Ready for her turn. (2nd Lane)
Run Iman Run.. (Ibu, Iman lari kuat masa ni..)

Alia, anak kawan baik abah. Team kuning sama Iman. Meriah sikit sorak walau ibu tak pergi.  TQ Uncle Mamat , Aunty Rozie & Sis Afrina.
Alia baju hijau , warna untuk 4 tahun. Iman senyum je kat belakang.
Sempat periksa gigi..

Paling kelakar.. acara 'putera-puteri naik perahu'.
Heheheee... Iman rasa kelakar juga naik perahu tu..
Yey!!!! Menang!!!!  (Happy face.. Ibu suka gambar ni)
Acara penyampaian hadiah.. "Nampak byk hadiah Iman dapat."
Balik sukaneka dengan ceria & gembira. Menang dua acara dan naib johan keseluruhan. 
Iman & Abah.
Kata abahnya, sepanjang perjalanan balik dari sukan tu, Iman tak putus-putus ucap terima kasih. 

"Terima kasih abah sebab datang bagi semangat pada Iman."
Belum sempat makan tengah hari tadi Iman tertidur. 
Sempat Iman bagitau, "Kalau ibu ada lagi seronok. Ibu boleh main juga.. Senang betul ibu acara untuk ibu tu. Abah main juga, tapi kalah. Mesti sebab abah tak pakai seluar sukan."
Anakku... Ibu tau Iman sangat memahami keadaan ibu.. Sebab tu Iman tak paksa & tak meragam kan?
Ibu sayang Iman & Abg Daniel. MMUAHHHH...



HAPPY BIRTHDAY HUBBY


Pertamanya, SELAMAT HARI JADI buat suami tersayang 10hb JULAI 2011. Tahun ni sama macam tahun lepas, tiada yang istimewa dari isteri tercinta. Tiada apa-apa kejutan, tiada hadiah, tiada masakan istimewa buat yang tersayang. Sekadar ucapan yang termampu.  Apakan daya.. apapun Mr Hubby sangatlah memahami. Terima kasih sayang..

"Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.
Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu , Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati, Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku, Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah.
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil 
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan
Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku 
Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku, Jadikanlah kegarangannya terhadapku  suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas Nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha 
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku.
Ya Allah perkenankanlah Ya Allah perkenankanlah Ya Allah perkenankanlah"

Saturday, July 9, 2011

Penyakit MAHAL

Malam sudah.. 2111 pm. Early dinner tonight ICE ROOM KOTA DAMANSARA. Petang tadi, sepatutnya ke rumah pakcik di Shah Alam. Tapi, apakan daya jalan sesak sana-sini orang pakat nak buat pemBERSIHan. Semak jalan seluruh KL & Klang Valley. Jadi, ke Kota Damansara sajalah, since dah lama tak keluar rumah.

Siang tadi dah tenangkan diri dengan SELAWAT SYIFA', petang dah 'sejukkan' badan di ICE ROOM, jadi malam ni cerita-ceriti sikitlah..

Cuma nak sampaikan kata-kata seorang pengamal perubatan yang pernah aku kenal. He said;
" Kanser tu penyakit yang MAHAL. Kos perubatan, dari mula diagnose, rawatan di hospital, rawatan susulan, ubat-ubat sampingan semuanya melibatkan kos yang tinggi. Termasuklah diet harian pesakit kanser sendiri."
Apa yang dikata tu memang betul. Bagi yang mampu semua buahan & sayuran dari yang organik. Beras pun beli beras perang. Gula organik, itu ini organik.. Masak pun bukan sebarangan. Tak boleh lagi guna perisa tambahan. Belum kira sakit lain pada tubuh badan. Mungkin ada yang darah tinggi, darah rendah (macam aku).. Macam-macam lah. Apapun, kalau kanser dah ada dalam tubuh, mula lah sakit lain pun jadi. Sakit-sakit pada sendi terutamanya.. Lagi, badan lemah, mudah letih. Kanser tu sifatnya 'panas'. Tapi bukanlah perlu minum ais, berendam dalam air selalu. Adalah cara lain pula untuk kita 'sejukkan'.. (Bukan di ICE ROOM ye  ;P)   Demam tak kira masa . Banyak pantang larang perlu diikut apabila sakit kanser dah dirasai. Almaklum, kanser pembunuh senyap kan? Masa tak sakit tu, boleh makan semua. Dah menular, kena jaga diri.. Moga cepat sembuh dan panjang umur. Pantang larang kanser.. aku dapat dari link ni. Banyak panduan di sini. Terima kasih tuan punya blog.


Baik, sampai sini dulu. Nanti cerita-cerita lagi.. Good night all..

SELAWAT SYIFA

Bila Ibu Nak Sihat??

Today, Iman back from school with happy face. She just get her new t-shirt for this coming Sunday.. Tadika's Sport Day. Size M.

"Kenapa ibu nampak macam besar je. Cuba pakai.."
"Ibu.. memanglah besar, tak nampak ke Iman ni pun besar dah." (She's right..)
Humm.. pandai my girl ni bercakap.
Macam2 hal kat Tadika tu dia cerita... Today tak belajar, latih sukan je. Iman buat ni.. Iman buat tu.. Cikgu marah Iman bising, kena ketuk ketampi lah.. Iman banyak cakap at school.. cikgu denda.. So many...

And today her friend step on her foot till bleeding..
"Apalah dia tu, dah lah kasut keras, kuat betul kasut dia tu ibu. Berdarah semula luka Iman jatuh dulu. Nanti Iman nak kasut macam tu jugak." While complaining about her friend, sempat request new shoes pula.. Hi anakku..

I'm lucky now Iman just Tadika, next year she's going to primary school & sekolah agama too.. A day at home with her, sangat berharga. She's just 6yrs old, but the way she's thinking... so great..!

Actually I'm not feeling well today. Badan suam2 sejuk.. hangat gitu. It's normal for me in this situation.
I called Iman, "Tolong ibu Iman. Ambil tuala basahkan."
"Ok.. Iman tau dah.." She came to me dgn sebesen air, 2 small towels. "Iman buatkan utk ibu ye.."

Ya Allah!! Syukur ku padaMu tak terhingga dikurniakan anak sebaik ini. Dalam nakalnya, manjanya.. Dia sangat memahami & sedia sentiasa di sisiku.

Sambil Iman lap badan & tuam kepala aku, as usual Iman pot..pet.. pot..pet..

"Ibu, bila ibu nak sihat betul ni? Iman nak sangat ibu masak sesuatu untuk Iman."
"Iman nak makan apa? Iman cakap.. Kita boleh beli nanti.."
"Iman nak ibu masak spaghetti yang mcm dulu.. ada bebola, mee pjg2.. sedap je Iman rasa."
"La.. hari tu mak cik dah buat, acu pun dah masak kan?"
"Iman nak yang ibu buat tu.."
"Alahai.. kat Pizza Hut pun ada.. Beli je.."
"Tak sama ibu.. lain rasa.." Allah, kuatkan semangatku, kembalikan kesihatanku..

Pada orang lain apalah sangat request budak sekecil tu.. Makan pun tak seberapa.. Tapi bagi seorang IBU.. anak yang pernah rasa air tangan kita.. mengenang semula apa yang kita pernah buat utk dia.. Subhanallah.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui gelodak hati seorg ibu ni.. InsyaAllah sayang, ibu akan sihat nanti, sepenuh perhatian ibu akan bagi buat anak2 ibu & abah.. dan semuanya.

** Last Monday lagi seronok Iman masa balik sekolah. Dari luar rumah Iman lari masuk sambil nyanyi.."Dapat kertas periksa.. dapat kertas periksa.." Masuk bilik, "Ibu, Iman nak tunjuk sesuatu.." Exams paper + report book. She got no 4, all A's include Arabic, cuma Lukisan B. Well done my daughter.. Then, satu persatu Iman tunjuk kertas periksa, sambil cerita how's she answering that question.. Now I understand why a mother want a daughter..




Tuesday, July 5, 2011

Jaga2 Kalau Hidung Selalu Berdarah..

How should I start my story? As simple as I can.. Niatku cuma satu, agar siapa yg membaca / terbaca kisah ini, berhati2lah dgn perubahan diri. Jangan ambil mudah ttg kesihatan sbb tubuh badan ni kita nak guna lama.

Dulu-dulu, aku orang yang aktif. Life kat kg, macam dlm kisah Kampung Boy tu lah.. At school pun, aku sangat aktif.. Sports.. sports.. sports.. paling aku suka hoki.. Even injured selalu aku takkan serik. Dah namanya jenis kuat main, kalau dah kat atas padang tu, tak ingat apa dah... hehehee ;P Belum cerita lagi bab jatuh masa main pondok2, kejar2 masa kecil dulu.. Then, last injured masa accident motor dgn adik aku di kg early 1997, waiting panggilan U. Terkehel bahu kiri.. renggang habis masa tu sendi aku. Tapi, tuk yg handal, sekali sentap terus ok.. blh angkat tgn terus. Pergi X-Ray buat habis duit je.. doktor kata bahu kiri aku tak apa2 pun. Since that, tidak ada lagi kecederaan. Semuanya nampak ok je.. dan aku pun tak merungut sakit2 badan lagi sebab dekat U dah tak involve sukan. Tuk tak bagi, mak tak galakkan dah.. aku pun dah tak larat.

Badan dah tak sakit, tapi kalau sengal2 tu biasalah kan..? Cuma satu hal yang aku mula sedar, hidung aku kerap bleeding. Mungkin cuaca panas.. almaklumlah.. sejak kecil aku duduk kg yg nyaman, went to boarding school pun kat ceruk Pekan yang aman damai tu.. Tetiba peralihan cuaca KL yg panas lg 'HOT' ni.. Panas dalam lah tu bak kata orang tua2.. Nose bleeding aku menjadi-jadi dlm tahun 1999 gitu, till aku tak dpt buat presentation projek MikroP. Malam pula selalu demam. Went to doctor, "Tak ada apa2 masalah pun.. Suhu badan ok.." Oh tidak!! Doktor tu silap cek ke apa? But, since the doctor said nothing, life goes on happily.. Habis study, dapat kerja.. Nose bleeding lagi pun tolak tepi. Sekarang baru tahu, JANGAN AMBIL MUDAH sbb itu salah satu tanda2 kesihatan dalaman dah terjejas..

Ok.. sampai sini dulu.. Nanti cerita lagi..