Pages

Sunday, July 10, 2011

Iman @ Sukaneka Tadika Islam


Fuhh!!! Penatnya anak ibu ni. Tengok, tidur nyenyak.. Letih sangat lah tu balik dari Sukaneka Tadika Islam tadi. Ibu gembira Iman ceria sangat hari ni. Lepas seminggu berlatih, dah malam Ahad semalam Acu bawa juga ke kedai sebab Iman minta kasut baru & tracksuit baru untuk sukan. Mak Tuk kata berbaloi sebab Iman menang, balik bukan dengan tangan kosong. Bagus anak ibu.. :)
Sebelum pergi.. Senyum paksa.
Pagi tadi masa Mr Hubby hantar ke tadika, suram muka Iman. Risau agaknya kalau abah atau sesiapa tak datang bagi semangat nanti. Harapkan ibu...? Ibu nak sangat pergi bagi sokongan, tapi nanti ibu Iman ni lupa diri. Lebih dari orang sihat pula aksinya.. Heheheeee...
Di samping kawan2 pun Iman tak ceria. Mencari sesuatu..

Abah hantar, kemudian balik sarapan dengan ibu dulu. Selepas tu baru pergi jenguk Iman semula. Muka ceria bila abah dah sampai semula. 
Senyum nampak abah dia..
Tengok gambar bawah, sukan dengan sungguh-sungguh. Ni memang anak ibu ni..  ;)

Ready for her turn. (2nd Lane)
Run Iman Run.. (Ibu, Iman lari kuat masa ni..)

Alia, anak kawan baik abah. Team kuning sama Iman. Meriah sikit sorak walau ibu tak pergi.  TQ Uncle Mamat , Aunty Rozie & Sis Afrina.
Alia baju hijau , warna untuk 4 tahun. Iman senyum je kat belakang.
Sempat periksa gigi..

Paling kelakar.. acara 'putera-puteri naik perahu'.
Heheheee... Iman rasa kelakar juga naik perahu tu..
Yey!!!! Menang!!!!  (Happy face.. Ibu suka gambar ni)
Acara penyampaian hadiah.. "Nampak byk hadiah Iman dapat."
Balik sukaneka dengan ceria & gembira. Menang dua acara dan naib johan keseluruhan. 
Iman & Abah.
Kata abahnya, sepanjang perjalanan balik dari sukan tu, Iman tak putus-putus ucap terima kasih. 

"Terima kasih abah sebab datang bagi semangat pada Iman."
Belum sempat makan tengah hari tadi Iman tertidur. 
Sempat Iman bagitau, "Kalau ibu ada lagi seronok. Ibu boleh main juga.. Senang betul ibu acara untuk ibu tu. Abah main juga, tapi kalah. Mesti sebab abah tak pakai seluar sukan."
Anakku... Ibu tau Iman sangat memahami keadaan ibu.. Sebab tu Iman tak paksa & tak meragam kan?
Ibu sayang Iman & Abg Daniel. MMUAHHHH...



5 comments:

  1. teringat lak zaman2 kita bersukan dulu..hahaha, dah lah hitam tapi nasib baik mmg menang sokmo...:-)

    ijazainal

    ReplyDelete
  2. that's our glory moments Akak.. xkan ade yg serupa itu.. Bila jatuh cepat je bangkit.. Humm.. Miss that so much.. ;)

    ReplyDelete
  3. wah2..terer la dak sorang nih...ge'am tgk muka pakai tudung tu..PP tembun..pe3 Iman mmg just like her mom..aktive always..

    ReplyDelete
  4. semangat tu yang paling penting dalam kehidupan kita

    ReplyDelete