Tuesday, July 12, 2011

Tenang di sini

Sendiri di bilik seperti biasa.. Ada ketenangannya di sini. Iman ada di sebelah, dah lelap seperti biasa hari-hari persekolahan. Malam nanti pasti lewat tidur lagi. Rutin biasa anak-anak, semuanya dah dalam kepala. Esok pagi tak tau lagi mood nya.

Tiada apa yang menarik.. Masih mencari bahan-bahan untuk dipersembahkan dalam ALKISAHNYA. Dari pengalaman sendiri kebanyakkannya, tapi mesti bersama fakta yang tepat juga kan. Setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza walau orang lain klasifikasikannya sama. Macam dialog yang kita biasa dengar contohnya; "Aah lah, dia tu sakit kanser juga. Sama tempatlah.. tapi tak lah luka macam ni." Dialog biasa yang aku dengar, syukur pada Allah masih memberi aku peluang bernafas di BumiNya bersama orang-orang yang aku sayangi.

Okaylah.. pada semua yang membaca, ingat 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA...
Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian" ...
Kita makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, tinggi darjatnya dari makhluk Allah yang lain. Namun, kita jugalah yang sering membuat onar. Kita selalu fikir apa yang kita buat betul demi keperluan hidup. Dan kita rasa apa yang kita buat masih berlandaskan suruhan Allah. MasyaAllah.. di mana kita sebenarnya..? Aku ini insan yang sangat lemah dan sering lalai.. Ampuni aku Ya Allah...



Sunday, July 10, 2011

Iman @ Sukaneka Tadika Islam


Fuhh!!! Penatnya anak ibu ni. Tengok, tidur nyenyak.. Letih sangat lah tu balik dari Sukaneka Tadika Islam tadi. Ibu gembira Iman ceria sangat hari ni. Lepas seminggu berlatih, dah malam Ahad semalam Acu bawa juga ke kedai sebab Iman minta kasut baru & tracksuit baru untuk sukan. Mak Tuk kata berbaloi sebab Iman menang, balik bukan dengan tangan kosong. Bagus anak ibu.. :)
Sebelum pergi.. Senyum paksa.
Pagi tadi masa Mr Hubby hantar ke tadika, suram muka Iman. Risau agaknya kalau abah atau sesiapa tak datang bagi semangat nanti. Harapkan ibu...? Ibu nak sangat pergi bagi sokongan, tapi nanti ibu Iman ni lupa diri. Lebih dari orang sihat pula aksinya.. Heheheeee...
Di samping kawan2 pun Iman tak ceria. Mencari sesuatu..

Abah hantar, kemudian balik sarapan dengan ibu dulu. Selepas tu baru pergi jenguk Iman semula. Muka ceria bila abah dah sampai semula. 
Senyum nampak abah dia..
Tengok gambar bawah, sukan dengan sungguh-sungguh. Ni memang anak ibu ni..  ;)

Ready for her turn. (2nd Lane)
Run Iman Run.. (Ibu, Iman lari kuat masa ni..)

Alia, anak kawan baik abah. Team kuning sama Iman. Meriah sikit sorak walau ibu tak pergi.  TQ Uncle Mamat , Aunty Rozie & Sis Afrina.
Alia baju hijau , warna untuk 4 tahun. Iman senyum je kat belakang.
Sempat periksa gigi..

Paling kelakar.. acara 'putera-puteri naik perahu'.
Heheheee... Iman rasa kelakar juga naik perahu tu..
Yey!!!! Menang!!!!  (Happy face.. Ibu suka gambar ni)
Acara penyampaian hadiah.. "Nampak byk hadiah Iman dapat."
Balik sukaneka dengan ceria & gembira. Menang dua acara dan naib johan keseluruhan. 
Iman & Abah.
Kata abahnya, sepanjang perjalanan balik dari sukan tu, Iman tak putus-putus ucap terima kasih. 

"Terima kasih abah sebab datang bagi semangat pada Iman."
Belum sempat makan tengah hari tadi Iman tertidur. 
Sempat Iman bagitau, "Kalau ibu ada lagi seronok. Ibu boleh main juga.. Senang betul ibu acara untuk ibu tu. Abah main juga, tapi kalah. Mesti sebab abah tak pakai seluar sukan."
Anakku... Ibu tau Iman sangat memahami keadaan ibu.. Sebab tu Iman tak paksa & tak meragam kan?
Ibu sayang Iman & Abg Daniel. MMUAHHHH...



HAPPY BIRTHDAY HUBBY


Pertamanya, SELAMAT HARI JADI buat suami tersayang 10hb JULAI 2011. Tahun ni sama macam tahun lepas, tiada yang istimewa dari isteri tercinta. Tiada apa-apa kejutan, tiada hadiah, tiada masakan istimewa buat yang tersayang. Sekadar ucapan yang termampu.  Apakan daya.. apapun Mr Hubby sangatlah memahami. Terima kasih sayang..

"Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.
Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu , Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati, Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku, Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah.
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil 
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan
Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku 
Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku, Jadikanlah kegarangannya terhadapku  suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas Nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha 
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku.
Ya Allah perkenankanlah Ya Allah perkenankanlah Ya Allah perkenankanlah"