Pages

Tuesday, July 12, 2011

Tenang di sini

Sendiri di bilik seperti biasa.. Ada ketenangannya di sini. Iman ada di sebelah, dah lelap seperti biasa hari-hari persekolahan. Malam nanti pasti lewat tidur lagi. Rutin biasa anak-anak, semuanya dah dalam kepala. Esok pagi tak tau lagi mood nya.

Tiada apa yang menarik.. Masih mencari bahan-bahan untuk dipersembahkan dalam ALKISAHNYA. Dari pengalaman sendiri kebanyakkannya, tapi mesti bersama fakta yang tepat juga kan. Setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza walau orang lain klasifikasikannya sama. Macam dialog yang kita biasa dengar contohnya; "Aah lah, dia tu sakit kanser juga. Sama tempatlah.. tapi tak lah luka macam ni." Dialog biasa yang aku dengar, syukur pada Allah masih memberi aku peluang bernafas di BumiNya bersama orang-orang yang aku sayangi.

Okaylah.. pada semua yang membaca, ingat 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA...
Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian" ...
Kita makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, tinggi darjatnya dari makhluk Allah yang lain. Namun, kita jugalah yang sering membuat onar. Kita selalu fikir apa yang kita buat betul demi keperluan hidup. Dan kita rasa apa yang kita buat masih berlandaskan suruhan Allah. MasyaAllah.. di mana kita sebenarnya..? Aku ini insan yang sangat lemah dan sering lalai.. Ampuni aku Ya Allah...



3 comments:

  1. Al-fatihah kepada penulis blog ini yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 September 2011 kerana kanser payudara. Semoga arwah Ku NoorHayati Ku Yakub dicucuri rahmat Allah SWT. AL-FATIHAH.

    ReplyDelete
  2. Norrizah binti Abu SamahSeptember 23, 2011 at 5:29 PM

    alFatihah...

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah, baru terdapat link ke blog ni. Semoga dicucuri Rahmat-Nya. AMin...

    ReplyDelete