Pages

Wednesday, June 29, 2011

I'm Cooking Today!!!

Heheheee.. Tajuk entry pun rasa macam lawak dah. Bukannya budak hingusan, ibu anak dua.. dah tu umur pun dah over 30. Apalah kan..?  Itu bagi yg x tau lah. Sebenarnya dah lebih setahun ni (dari Mac 2010-present), berapa kali je aku dapat pegang senduk-sudip, periuk belanga tu. Apabila kudrat aku benar-benar rasa kuat, akan aku gagahkan diri melakukan apa yang aku teringin nak buat. Ketika tulang 4 kerat aku bertenaga dulu, tak payah disuruh, nak dengan tidak aje.

So, petang tadi apa yang aku buat? Setelah aku himpun tenaga dari pagi, aku bangkit & perap ikan pollock untuk grill. Tak susah sebab itukan frozen food, tak lah nak kena buang perut ikan. Dah perap dengan segala mix herba, garam & oregano.. letak dalam freezer jap. Then, take a rest dulu.

Actually, aku masih tak tau nama ikan ni dalam Bahasa Melayu. Isinya putih, tapi tak setebal fillet ikan dorry.

Then, get into kitchen back.. prepare for pasta with cream source. Aku dah prepare awal resepi yang aku godek dari GOOGLE, sorry tuan2 empunya resepi.. dah tak tau yang mana original since nak kena sesuaikan dgn keadaan aku ni. Nak prepare ni pun sangatlah senang. Bahan2 pun mudah.. tapi kerana kemampuan diri yang sangat terbatas, apalah daya aku ni. Anyway, just to let you all know, aku buat sos krim aje, then gaul dgn spaghetti, after that aku add grill pollock fish yang aku buat tadi. Supposed guna smoked salmon, tapi tak apa, sedap aje aku makan. Semua bahan selamat, tak ada perasa tambahan. Kalau sihat tu, malas aje kan..? Beli yg dalam tin, tambah sosej, ayam aje..

Legalah lepas masak petang tadi.. perut kenyang makan pasta hari ni. Mr hubby tak suka pasta, tapi dinner tadi he ate 3 pcs bread with the cream sauce. Sos tu sedap katanya.. "SATU KEPUASAN APABILA MASAKAN KITA DISUKAI & DIGEMARI" & lebih penting, I still have my cooking skills..  ;P

Thank you my in laws yang tolong makan & puji tadi. I take it as compliment.. No matter what.. hehee..

**Sorry, no picture attach. Tapi mmg aku masak tadi..

Sebelum aku terlupa, back to a few days before... aku ada baca artikel seorang pesakit kanser dalam newspaper. Aku tak ingat sis ni kanser apa, tapi katanya "Ketakutan itu boleh MEMBUNUH".


Bagi aku pula, "Rasa 'sakit' itu sangat menakutkan & ketakutan itu memang boleh MEMBUNUH". Pintaku pada yang Maha Esa setiap saat & waktu, "janganlah ada di kalangan keluarga, sahabat & kenalanku merasai apa yang aku rasakan kini. Lindungi & hindari mereka dari sakit yang azab & berpanjangan. amin.."

Jaga diri, jaga family, hiasi peribadi...

No comments:

Post a Comment